Di dalam piramid Teks Piramid

Piramid Unas

Makam dalam Piramid Unas, dengan baris-baris mantera pada siling barat. Tulisan-tulisan ini sahaja yang ada pada dinding sarkofagus.

Teks-teks ini pertama kali dijumpa dalam piramid milik firaun terakhir dari Wangsa Kelima, milik Unas.[8][1] Ada 283 mantera[9][lower-alpha 1] yang ada pada bilik bawah tanah piramid Unas.[8] Mantera-mantera ini ialah himpunan teks terkecil dan paling sempurna dari zaman Kerajaan Lama.[2] Semua kecuali satu mantera, PT 200, ditulis dalam semua piramid sepanjang zaman Kerajaan Pertengahan dan berikutnya, termasuklah replika teks hampir lengkap yang tertulis dalam makam Senwosretankh di El-Lisht.[2][14]

Piramid Unas, yang terletak di antara piramid Djoser dan Sekhemkhet di Saqarah Utara,[9] merupakan piramid yang terkecil dibina dalam zaman Kerajaan Lama.[8] Terasnya dibina enam jejak tinggi daripada batu kapur kasar, diselubung dengan batu kapur putih licin.[8] Tapaknya berukuran 57.75 m (189 ka) dengan sudut 56° dan bertinggian 43 m (141 ka).[9] Struktur ini diakses melalui pintu masuk dalam laluan sebuah pertapaan di muka utara piramid.[9][8] Tempat masuk ini menuju ke sebuah koridor yang landai ke bawah, menghala ke balai legar dengan tiga pagar batu granit pada laluan masuk. Laluan masuk ini menuju ke sebuah balai dan mempunyai pagar keempat. Balai tersebut menghala ke dua buah bilik, sebuah bilik dengan tiga pangsa yang ada patung  – dipanggil serdab[21]  – di belah timur, dan sebuah makam dengan sarkofagus firaun di belah barat.[9] Siling kedua-dua bilik dan makam ini berbentuk tebeng layar.[8]

Dinding keliling sarkofagus dilapisi dengan pualam dan dicat dengan motif tikar papirus dengan bingkai kayu, namun dinding bilik-bilik yang lain pula dipenuhi dengan hieroglif daripada Teks Piramid.[9] Sarkofagus Unas pula tiada tulisan, dan nama gelaran diraja firaun tidak tertulis pada dinding, berbeza dengan piramid-piramid zaman selepasnya.[11]

Siling barat makam ditulis dengan mantera perlindungan;[11] dalam piramid-piramid yang lebih baharu, siling sebegini memuji-muji firaun kepada dewi Nut,[11] dan, mula daripada Pepi I, untuk Sakhu,[14] atau 'sanjungan', untuk penjelmaan Akh.[9][22] Dinding-dinding makam lain dipenuhi teks keupacaraan.[11] Dinding utara, juga bahagian utara dinding timur dan laluan, digunakan untuk Upacara Persembahan.[14][11][9] Oleh sebab ruang ini lebih kecil, sebahagian upacara ini perlu dibuat pada dinding-dinding lain, dan mungkinlah sebab kenapa Upacara Insignia tidak dibuat dalam piramid.[11] Upacara Persembahan, daripada 'air persembahan' ke 'memberi persembahan' ada di dinding utara dan dibariskan dalam tiga daftar mengufuk.[11][14]

Edisi pertama Teks Piramid oleh Kurt Sethe mengandungi 714 mantera yang berbeza; selepas terbitan ini ada lebih banyak lagi mantera yang ditemui dan jumlah baharu ialah 759. Tiada satu pun himpunan mantera yang menggunakan kesemua mantera yang dirakam.

Oleh sebab ia digunakan dari dahulu lagi, reka bentuk Piramid Unas digunakan semula dan dilanjutkan bagi piramid-piramid yang akan datang. Piramid mempunyai tambak yang menghala pada pintu masuknya, dan tambak Piramid Unas berukuran 750 meter dan berada dalam keadaan baik, tidak seperti tambak-tambak lain dalam piramid yang serupa.[23]

Dalam Piramid Unas, teks upacara dapat ditemui di struktur dasar, sementara bilik dan koridor ada tulisan dan mantera yang khas dibuat untuk si firaun.[16]

Contoh berikut dipetik dari Piramid Unas. Ia sepatutnya di bacakan di Balai Persemadian dan Laluan Belah Selatan, dan merupakan Mantera Hayat Baharu.

Ungkapan 213:

Wahai, Unis! Tidaknya dikau pisah dari mati: dikau pisah dari hidup.

Semayamlah pada singgahsana Usir, dengan cokmar di tanganmu, dan perintahlah yang hidup;

dengan cogan seroja di tanganmu, dan perintahlah yang
berada di buni (tersorok).

Lengan bawahmu bagaikan Atum, pangkal lenganmu bagaikan Atum, perutmu bagaikan

Atum, belakangmu bagaikan Atum, punggungmu bagaikan Atum, kakimu bagaikan Atum, romanmu bagaikan Anpu.

Tanahan Heru akan menjunjung perintahmu; tanahan Set akan menjunjung perintahmu.[2]

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...